Salam,

Dah lama aku tak update blog nih... Ada masalah teknikal dan masalah mental sikit!...

Masalah teknikal kerana kelembapan site nih... walaupun features menarik tetapi nak update cukup menensionkan.
Masalah mental berhubung terdeletenya blog asal... kekuciwaan tak terbendung lagik....

Beberapa hal berlaku sepanjang kekuciwaan ini...

Pada hari jumaat jam 8:30pm di Orange Studio, kami berjamming. Di hadiri oleh Aku, Jojo, AbeWei dan Zam. Disertai pula oleh Rizal, Razif dan Faisal (matpet)... Rizal drummer jemputan, Razif penyanyi jemputan dan Faisal penyanyi jemputan drummer jemputan... (korang faham kan?!)

Memang kecoh tapi seronok sebab dah lama tak jamming....

Jojo pula khabarnya telah meninggalkan 'sarang kelawar' nya untuk menjadi manusia normal. Tak tahan kerja malam, katanya.
Sekarang tengah berinterview untuk carik kerja lain.... Sementara ini, dok 'menanam anggur' ler, panggilan manja untuk seorang penganggur ...
Tapi, ada berani jugak pindah rumah waktu-waktu cam tuh.... ada back up katanya... emph!. Jangan cret diri sendiri sudah la....

Zam pulak khabarnya tak dapat OV (Offer voluntarily) sebab company tempat dia kerja dah file chapter 11, maksudnya protection dari creditor... bagi yang tak faham...dah masuk zone muflis lah! Kesian dia... berharap sangat... katanya kalau dapat, nak beli la JS aku!.... kah kah kah... entah iya entah ke tidak dia tu... tah tah pegi enjoy kat Batam!?
So, dia masih kerja kat situ lagi la...
Tapi..... aku pun sama!.. tak dapat OV!.... huargh huargh huarg!... masih kat situ gak!

AbeWei pula sedang sibuk dengan bisnes nya. Pagi tadi dapat sms katanya dia dah berubah menjadi seorang yang gagah perkasa. Bukan sahaja satu yang perlu dilindungi, tetapi tiga... tiga!....
Nini dah selamat melahirkan anak kembar mereka lah.......Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Tahniah! tahniah! tahniah! ... dah jadi BAPA perkasa!...
Dia cuti panjang....
itu kata dia....
Pada aku, itu cuti panjang = pantang.... hik hik hik!
Pada dia aku tak tahulah... jangan cuti panjang jamming lak!...
Selamat menempuh alam keibu bapa-an....

Rizal drummer back up waktu ketiadaan AbeWei. Boleh didik lagi kasi mantop... boleh masuk lagu2 kami..
Faisal pun nampak nya ada potensi menjadi penyanyi... banyak kesumbangan yang perlu diatasi... Boleh la!.
Razif.... tetiba muncul. Elok gak join-join selalu...

Dengar khabarnya Azlim dah nak balik... kita tunggu selanjutnya!

So, setakat itu dulu... nanti aku update lagi sehingga kekuciwaan ini terubat!

Hi_Rail: Sikit-sikit lama lama banyak la...