Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Laman Web & Blog kami.

Kewujudan Website and blog ini adalah semata-mata untuk berkongsi hobi dan minat kami terhadap muzik. Tentunya ada cerita di sebalik hobi ini, persahabatan kami dan lagu2 yang kami alunkan.... Sebahagiannya kami rakamkan di sini.

Ini lah 'senandung lagu' kami... jom kaypo!

Cerita Kaypo

Asalnya ditubuhkan 'tidak bernama' pada Aug2006, dianggotai oleh 4 orang rakan sekerja, Jojo (gitar utama & penyanyi), Hi-rail (gitar kedua), AbeWei (gitar bass) dan Azlim (drum). Menggemari genre alternative dan moden rock.
 
Penghujung tahunnya, Azlim terpaksa meninggalkan kumpulan kerana mengikut isteri yang melanjutkan pelajaran PHD di UK. Kumpulan ini hampir terkubur apabila gagal mendapatkan pemain drum tetap..seorang demi seorang pemain drum diuji dan seorang demi seorang juga meninggalkan kumpulan atas sebab-sebab penghijrahan kerja.

 
Akhirnya pada bulan Jun 2007, dengan wajah baru, kumpulan telah melakukan transition besar dengan membariskan Hi-rail selaku pemain gitar merangkap penyanyi (Naik pangkat cakap lu..Eceh!..), AbeWei selaku pemain drum ( naik pangkat gak... memiliki aura Larsulrich untuk lebih tenaga) dan Jojo selaku pemain bass merangkap penyanyi emergency (huargh..huargh...turun pangkat)..
 
Menggelarkan diri sendiri sebagai Kaypo ( sebab kami memang busy body dan kaypo giler!..) dengan tagline "The Cretters' Groove" ( memang ada antara kami yang kaki crett !...), kami melangkah dengan kayponya...
 
Kini, Kaypo bermain pelbagai jenis genre music tetapi lebih menggemari genre rock. Abang Zam menyertai Kaypo tidak lama kemudian sebagai pemain gitar kedua merangkap penyanyi simpanan. 
 
Kaypo masih mencari penyanyi yang sesuai walaupun telah memiliki penyanyi bersuara garau ala ala Bandi Amuk, kerana beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya menjadi pemain gitar utama dan sepenuh hati.
 
 
 
 
Hi_rail - Administrator

Hit Counter 

Line up: Khairil (Guitar), Zam (Second Guitar), Jojo (Bass), AbeWei (Drum)

Taken: 08082008 at Orange Studio, Section 27, Alam Megah, Shah Alam

Locations of visitors to this page

Make a Free Website with Yola.